Masukkan code pixel ni bro kat website timeline skhir zaman ye

Ketahui pemerintahan empat Khulafa Al-Rasyidin dalam bahasa Melayu yang pertama di Malaysia!

Adakah anda tahu, sejak 1400 tahun yang lalu Islam telah melahirkan ramai pemerintah yang hebat?​

Pelbagai ilmu dan idea yang boleh anda ketahui melalui Fiqh Siasah Khulafa Al-Rasyidin seperti bidang politik, kewangan, percukaian, zakat, ketenteraan, penaklukan wilayah dan bermacam-macam lagi sambil menyelami cabaran yang mereka semua lalui. DIjamin TIDAK AKAN MEMBOSANKAN, kenapa?

Apa kata mereka yang sudah baca?

Eda
Eda
GoodReads.com
Pergilah beli buku ni..Sangat sesuai dibaca semua golongan sebab bahasa yg santai, penerangan yg mudah dan tak terlalu berat. Sesuai untuk yg baru nak mendalami ilmu akhir zaman. Buku ni boleh dijadikan pemula sebelum baca kitab-kitab yg lebih tebal dan mendalam tentang akhir zaman.
Azura Chan
Azura Chan
Goodreads.com
Honestly, the things that opened my heart to read this book was when I had a conversation with my younger brother about "Tentera Sufyani". Frankly speaking, I don't really know who they are. Betapa jahilnya aku pada masa itu dengan ilmu akhirat yang cetek. And then he showed me this book and explained a bit about it.
Jiwa Rasa
Jiwa Rasa
Goodreads.com
Buku yang ringkas tetapi mencukupi. Menceritakan detik-detik kedatangan kiamat berdasarkan riwayat dan hadis nabi.
Faridah
Faridah
Goodreads.com
Simple explanation about the chronolgy towards the day of Judgment. Easy to understand, and a good read for the start of the year.
Hanan Auni
Hanan Auni
Goodreads.com
I’ve been searching for books that can explain clearly about the timeline in simpler way and this book did a very great job! Eventhough its simple compared to kitab which explain the deets but its enough to give me overview of the event with evidences of hadiths and quran verses. All this while I need to find some time to watch few videos of yaumul qiamah by ustaz wadi anuar but now I can just read this book which actually can be finished within a day✨

Dalam menyelesaikan perkara berkaitan negara, masyarakat, dan keluarga, kita perlu meneladani prinsip kepimpinan khalifah-khalifah awal yang penuh kejujuran, kebijaksanaan, kesopanan, dan keberanian dalam menjalankan tugas secara adil dan efektif.

Apabila ditanyakan, bagaimanakah cara hilangnya amanah, maka Baginda bersabda:
Apabila diserahkan urusan (memimpin rakyat) kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah berlakunya kiamat (kemusnahan alam).


[Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, No. 59, daripada Abu Hurairah].

Maksudnya: “Maka keatas kalian sunnahku dan sunnah para khulafaal-rasyidin yang mendapat petunjuk, dan gigitlah ia dengan gigi geraham.”

Riwayat Imam Ahmad (17144), Ibn Majah (42),Abu Daud (4607) dan al-Tirmizi(266)

Memperkenalkan

Sebuah catatan lengkap menelusuri pemerintahan empat Khulafa Al-Rasyidin dalam bahasa Melayu yang pertama di Malaysia! Khusus buat pembaca yang inginkan rujukan yang berkualiti.

MOCKUP BUKU JEJAK KHALIFAH

Bayangkan bagaimana empat orang Khalifah Al-Rasyidin yang terulung ini mempertahankan Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW

Ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ketika Rasulullah SAW masih hidup pun ramai yang cuba menjatuhkan ISLAM sehingga tercetusnya perang, inikan pula selepas beliau wafat.

AMARAN : Buku ini mengandungi pelbagai ilmu dan konsep yang boleh diguna pakai di dalam rutin harian anda dan menjadikan insan yang lebih berfikiran relevan sebelum melakukan sesuatu perkara.

KENAPA BUKU INI MENYERONOKKAN?

Kami JAMIN apabila pembaca membaca buku ini akan seolah-olah menyusuri kisah sirah para sahabat mengikut kronologi dan ditambah dengan infografik yang menarik, dialog dan peta bagi memudahkan pembaca.

1. INFOGRAFIK YANG MENARIK

Buku ini banyak memaparkan infografik yang memudahkan anda semua memahami dengan lebih cepat sesuatu konteks. Ia BUKAN buku sejarah biasa yang penuh dengan teks.

2. PETA

Anda akan melihat banyak peta pada setiap buku ini supaya mudah untuk anda membayangkan peristiwa tersebut berlaku di tempat yang diceritakan.

3. DIALOG

Buku ini juga terdapat dialog yang memaparkan secara dwi-bahasa iaitu bahasa Arab serta terjemahannya dalam bahasa Melayu.

3. RUJUKAN SAHIH

Perkara paling MUSTAHAK dan hendaklah DIJAGA iaitu kesahihan sesuatu perkara. Kalau sesuatu penceritaan itu menarik tetapi tidak SAHIH itu adalah fiksyen.

Naskhah ini telah melalui proses takhrij (silang rujuk) yang panjang. Ayat Al-Quran dan Hadith yang diyakini.

Siapa empat orang Khalifah Al-Rasyidin tersebut? Apa yang anda akan tahu bila baca?

01.

Khalifah Abu Bakar RA

Mengisahkan riwayat hidup secara lengkap lagi terperinci mengenai sejarah kepemimpinan Saidina Abu Bakar RA sebagai Khalifah pertama dalam sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Naskhah ini juga menjelaskan segala pemikiran dan sumbangan yang telah ditinggalkan oleh Khalifah Abu Bakar RA dari sudut siasah dan ketatanegaraan untuk dijadikan sebagai penghayatan, pedoman dan teladan buat umat Islam secara keseluruhan.

02.

Khalifah 'Umar RA

Khalifah ‘Umar RA menempuh suatu fasa yang sangat genting dalam berdepan dengan dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi yang akhirnya menyaksikan kedua-dua kuasa besar itu tumbang, seterusnya membenarkan janji Baginda SAW.

Pembukaan Islam semakin meluas dan masyarakat yang dinaungi pemerintahan Islam juga terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru, banyak ijtihad dan pembaharuan politik telah dilaksanakan oleh Khalifah dari sudut pentadbiran, kewangan, kehakiman, pendidikan, pembangunan, dan sebagainya yang boleh kita jadikan sebagai pedoman dan iktibar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

03.

Khalifah 'Uthman RA

Menceritakan riwayat hidup seorang lagi sahabat dan khalifah Islam iaitu Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA, sosok yang diberikan gelaran Zu al-Nurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dan disegani para malaikat.

Khalifah ‘Uthman R.A menghadapi suatu tahap yang baharu mewarisi pemerintahan yang sangat luas wilayahnya dan majmuk masyarakatnya, khususnya setelah kejatuhan dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi.

Keadaan yang sangat mencabar itu menuntut Khalifah ‘Uthman RA mengemukakan ijtihad baharu dan langkah memelihara kerukunan seluruh umat. Beliau juga mendepani zaman fitnah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

04.

Khalifah Ali RA

Khalifah Ali RA mengharungi suatu fasa pemerintahan yang sangat mencabar kerana mewarisi era kepimpinan setelah kewafatan Khalifah Uthman RA yang terbunuh syahid. Dalam pada itu, beliau meneruskan langkah politik secara berhikmah bagi meneruskan kelangsungan Islam.

Malah, beliau juga mendepani dengan penuh kebijaksanaan terhadap fitnah dalaman umat yang sangat dasyat kesan daripada tipu daya musuh Islam yang telah meninggalkan luka dan parut kepada ummah hari ini.

Kenali penulis buku Fiqh Siasah Al-Rasyidin

penulis

Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Biografi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Ulama, Negarawan, dan Penulis Prolifik.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan seorang ulama dan negarawan yang disegani serta seorang penulis prolifik dengan latar belakang pendidikan yang cemerlang. Beliau mendapat pendidikan awal di Rusila dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Pada tahun 1969-1973, beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah, dan seterusnya meraih Ijazah Sarjana dalam bidang Siyasah Syar'iyyah di Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1974-1975.

Tuan Guru Abdul Hadi bukan sahaja mewarisi ilmu daripada ayahandanya tetapi juga memperkayakannya dengan menuntut di bawah asuhan ulama besar seperti Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri dan Syeikh Muhammad al-Amin al-Shinqiti dalam bidang tafsir. Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan Ijazah Sanad oleh Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.

Setelah kembali ke tanah air, Tuan Guru Abdul Hadi terus berkhidmat kepada masyarakat dengan mengajar di Masjid Rusila, Marang selama lebih 40 tahun. Dalam tempoh itu, beliau telah mengkhatamkan pengajian Tafsir sebanyak dua kali sejak tahun 1976 dan turut menyampaikan ilmu daripada kitab-kitab penting seperti Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiah.

Di peringkat antarabangsa, beliau diiktiraf sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia (2014-2018) dan disenaraikan antara 500 Muslim berpengaruh dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre, Jordan.

Sebagai seorang penulis prolifik, beliau telah menghasilkan 146 buah buku sejak tahun 1970-an, termasuk karya dalam bahasa Arab. Antara karya utamanya ialah Tafsir al-Tibyan, Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin, Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiah, Ensiklopedia Aqidah Islam, dan Al-Bayanul Mubin Syarah Kitab Riyad al-Solihin. Kini, Pustaka Permata Ummah (PPU) menjadi penerbit rasmi karya beliau, menerbitkan lebih 30 buah buku.

Insya-Allah, lebih banyak karya beliau akan diterbitkan untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

Apa tunggu lagi? Dapatkan Sekarang
dengan harga PROMOSI

MOCKUP BUKU JEJAK KHALIFAH

Harga asal : RM242

Anda layak mendapat buku ini dengan harga istimewa!

Bahan Website Landing Page Nuktah-01

PROMOSI RM220