PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA

Search

Akaun Saya

Bantuan

Checkout

Islam Adil Untuk Semua

Adil merupakan salah satu nama agung bagi Allah SWT. Keadilan yang sebenar adalah sifat mutlak bagi-Nya. Justeru, setiap hamba-Nya diperintahkan untuk sentiasa bersikap adil dan mengharamkan mereka daripada bersifat zalim. Islam adalah agama Allah SWT yang disampaikan oleh utusan-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW. Islam merupakan satu cara hidup yang adil dalam semua aspek sama ada dalam ekonomi, masyarakat, undang-undang, sesama manusia dan juga makhluk lain.

“Hanya Islam sahaja mampu berlaku adil jika ajarannya diamalkan sepenuhnya oleh para pemimpin politik. Termasuk melaksanakan undang-undang yang mempunyai roh dan sistem kehakiman yang telus.” – Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Islam Adil Untuk Semua.

Menjelaskan konsep Keadilan dalam Pemerintahan Islam

berdasarkan prinsip dan asas yang dicatat dalam al-Quran, Sunnah dan sejarah Islam.

Menggambarkan bagaimana Keadilan dalam Islam

dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan dibandingkan dengan sistem pemerintahan Barat seperti diktator, teokrasi dan demokrasi.

Menghuraikan pelaksanaan keadilan Islam dalam seluruh aspek kehidupan manusia

sehingga menerapkan konsep Islam adil untuk semua yang dirakan dalam sejarah pemerintahan Islam.

Webinar Keadilan Islam

Sebuah wacana atas talian yang akan membahaskan perihal keadilan berkisar buku Islam Adil untuk Semua

karya Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

23 Januari 2021 | Sabtu | 9.00 Pagi – 4.00 Petang

×