PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA

Search

Akaun Saya

Bantuan

Checkout

PALESTIN: PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH, SOKONGAN TIDAK BERMUSIM

RM49.00

Palestin: Perjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim ialah sebuah karya hasil nukilan seorang ulama’ negarawan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga merupakan seorang tokoh gerakan Islam dan aktivis keamanan yang terlibat dalam beberapa siri rundingan misi damai di beberapa buah negara dunia Islam. Buku ini merupakan hasil paduan antara ilmu dengan pengalaman praktikal yang dilalui sendiri oleh beliau sepanjang bergiat dalam gerakan Islam.

Dalam buku ini, Tuan Guru membawakan isu yang cukup kompleks dengan cara yang ringkas dan menyeluruh. 78 tahun episod penderitaan rakyat Palestin dirangkumkan dalam satu naskhah yang komprehensif untuk memudahkan buku ini menjadi sumber rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin memahami isu Palestin secara telus dan adil.

Buku ini membawa pembaca menelusuri kronologi penindasan dan sejarah pembantaian yang dilakukan terhadap rakyat Palestin melalui siri perjanjian dan pelan yang bersifat berat sebelah, antaranya Perjanjian Sykes-Picot, Perisytiharan Balfour, Perjanjian Camp David, dan rancangan peta jalan, yang akhirnya membawa kepada normalisasi hubungan dengan Israel dan agenda penyatuan agama-agama Ibrahimiah yang didalangi oleh Amerika Syarikat. Tujuannya supaya pembaca dapat menilai kembali plot-plot terancang yang disusun untuk melemahkan umat Islam, khususnya rakyat Palestin.

Mudah-mudahan, melalui penerbitan naskhah ini, pembaca berhasil memperoleh kefahaman yang tuntas dan jitu mengenai pandangan sarwa Palestin secara menyeluruh, seterusnya membugarkan cita-cita yang kekal bersemarak demi pembebasan bumi al-Quds sebagai kiblat perjuangan akhir zaman.

Add to Wishlist
Add to Wishlist
SKU: PPU064S Category:

Additional information

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PALESTIN: PERJUANGAN TIDAK BERNOKTAH, SOKONGAN TIDAK BERMUSIM”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×