PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA

Search

Akaun Saya

Bantuan

Checkout

TAUFAN AL-AQSA: MENGHADAPI AHZAB MODEN

RM25.00

Taufan al-Aqsa: Menghadapi Ahzab Moden karangan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini merupakan terjemahan daripada karya asal Tuan Guru yang dikarang dalam bahasa Arab, berjudul Tufan al-Aqsa fi Muwajahah al-Ahzab (Taufan al-Aqsa dalam Mendepani Ahzab).

Taufan al-Aqsa telah memainkan peranan yang penting dalam menyatukan umat Islam dan kebersamaan dari segi kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Pelampauan Zionis dalam melakukan serangan, pembunuhan, dan kemusnahan telah menyebabkan umat Islam dari seluruh dunia Islam keluar membuat bantahan dari satu benua ke satu benua serta dari Tangier (Maghribi) ke Jakarta (Indonesia) dalam demonstrasi menyokong Taufan al-Aqsa.

Begitu juga sokongan diplomatik, politik, ekonomi, dan media yang menyatakan sokongan dari negara-negara bukan Muslim di Afrika dan Amerika Latin, di samping laungan demonstrasi yang lantang di Amerika Syarikat dan Eropah yang menyuarakan bantahan terhadap dasar negara-negara yang bersekutu dengan pakatan Zionis.

Zionis yang bertindak balas bagi menghadapi Taufan al-Aqsa berserta pasukan tentera Barat yang telah bergabung untuk menyokong mereka hanyalah pakatan Ahzab moden yang mahu menentang Islam dan menyekat laluannya ke seluruh dunia selepas agama selain Islam menjadi lemah dan ideologi-ideologi yang merosakkan turut gagal. Kebangkitan Islam semakin berkembang di tanah air mereka dan cahayanya sampai di tanah penjajah, lalu menembusi tembok mereka yang telah runtuh.

Malangnya, beberapa orang pemerintah negara Islam dan Arab turut serta membantu penipuan ini dan gagal menyertai jihad menentang pencerobohan Zionis terhadap saudara mereka di Palestin, di samping mengemukakan pelbagai alasan seperti terdapat penyertaan golongan Syiah, sekular, dan lain-lain yang bukan Sunni serta golongan kafir. Hal ini berlainan dengan sifat umat Islam yang memiliki kemanisan iman serta berpegang teguh kepada semangat persaudaraan Islam sebagaimana anjuran Rasulullah SAW.

Mereka lupa bahawa di sana, ada janji Allah Yang Maha Benar. Apabila mereka yang beriman membuat persediaan sekadar kemampuan mereka sahaja dengan ikhlas dan bertaqwa, nescaya datanglah pertolongan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa; tiada sesiapa yang dapat mengalahkannya.

Add to Wishlist
Add to Wishlist
SKU: PPU089S Category:

Additional information

Weight 0.25 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TAUFAN AL-AQSA: MENGHADAPI AHZAB MODEN”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×