Setibanya ‘Umar RA di al-‘Aqabah, beliau lalu bertanyakan mereka:
“Di mana kawanku?”
Kemudian mereka bertanya:
“Siapa?”
‘Umar RA menjawab:
“Abu ‘Ubaidah!”
Lalu Khalifah ‘Umar RA disambut oleh Abu ‘Ubaidah dengan pelukan kasih dua orang sahabat yang sudah lama berpisah.
Nak tahu kisah penting yang terjadi selepas pertemuan ini?
Kisah ini dinukil lengkap di dalam buku terbaharu siri Khulafa’ al-Rasyidin tulisan:
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Penulis buku Fiqh al-Harakah 3 jilid dan buku jualan laris Fiqh Siasah Khalifah Abu Bakar RA.
Bakal menggegarkan ruangan bacaan anda !
"Buku yang dinanti-nantikan para peminat sirah"
Sinopsis Buku
Buku ini merupakan kesinambungan daripada siri Fiqh al-Harakah sebanyak tiga jilid dan siri kedua daripada siri Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin. Tulisan kali ini menceritakan riwayat hidup seorang sahabat dan pemimpin Islam agung iaitu Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA, salah seorang sahabat yang sangat akrab dengan Rasulullah SAW setelah Saidina Abu Bakar RA. Banyak catatan menarik berkenaan beliau, sejak zaman jahiliah sehinggalah beliau menjadi tokoh penting dalam menyampaikan dakwah Islam.
Khalifah ‘Umar RA menempuh suatu fasa yang sangat genting dalam berdepan dengan dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi yang akhirnya menyaksikan kedua-dua kuasa besar itu tumbang, seterusnya membenarkan janji Baginda SAW.
Pembukaan Islam semakin meluas dan masyarakat yang dinaungi pemerintahan Islam juga terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru, banyak ijtihad dan pembaharuan politik telah dilaksanakan oleh Khalifah dari sudut pentadbiran, kewangan, kehakiman, pendidikan, pembangunan, dan sebagainya yang boleh kita jadikan sebagai pedoman dan iktibar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.”
Apa yang MENARIK tentang buku ini?
Ketebalan 600 mukasurat!
Visual infografik padat memudahkan bacaan
Visual infografik padat memudahkan bacaan
Telusuri pembukaan empayar 2/3 dunia berlampirkan peta dan jejak sepanjang pengembaraan.
Melalui proses silang rujuk (takhrij) hadis dengan rujukan lebih dari 40 buah kitab sirah yang muktabar.
Daftar sekarang !
untuk dapatkan notifikasi sebelum dan semasa pelancaran
Buku ini akan dilancarkan secara pratempah oleh kerana sedikit kelewatan daripada kilang percetakan akibat PKP 3.0