Additional information
Weight | 0.4 kg |
---|---|
Jenis Kulit | Kulit Lembut |
Halaman muka surat | 209 |
Isi Kandungan | Dwiwarna |
ISBN | ISBN 978-967-17357-7-0 |
RM38.00
Buku ini membahaskan kehebatan al-Quran sebagai mukjizat ilmu yang mencabar manusia. Ia mengandungi pelbagai hikmah dan kehebatan ilmu yang sehingga hari ini masih diterokai oleh para alim ulama dan cendekiawan. Buku ini juga memuatkan perkongsian penulis daripada pelajaran dan ibrah yang ditemui dalam pengalaman ilmiah beliau melalui pembacaan, pengkajian, dan pengajaran tafsir al-Quran di Masjid Rusila sejak tahun 1976, lebih 40 tahun yang lalu sehingga sekarang. Penulis menghuraikan al-Quran sebagai panduan yang lengkap sebagai asas, petunjuk, ketamadunan, dan sistem cara hidup manusia. Ia disusun mengikut beberapa tema besar yang seakan menjadi sebahagian daripada maqasid al-Quran. Selain itu, penulis juga mendatangkan fakta-fakta, perbahasan sejarah, dan pandangan ulama yang sesuai dengan topik al-Quran yang dibahaskan. Apa yang paling berharga, buku ini ditulis sewaktu penulis menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas pembedahan injap jantung pada tahun 2017. Al-Quran menjadi ubat penenang jiwa pada saat penulis menghadapi kesakitan akibat pembedahan tersebut. Semoga buku ini mendapat keberkatan dan manfaat untuk umat Islam dan manusia seluruhnya.
Weight | 0.4 kg |
---|---|
Jenis Kulit | Kulit Lembut |
Halaman muka surat | 209 |
Isi Kandungan | Dwiwarna |
ISBN | ISBN 978-967-17357-7-0 |
Reviews
There are no reviews yet.