Testimoni Pelanggan
Pustaka Permata Ummah

Secara keseluruhannya, ia berkisarkan mengenai qiadah Nabi Muhammad SAW yang sewajarnya diikuti oleh seluruh umat Islam lebih-lebih lagi para pimpinan. Tuan Guru telah membahaskan dengan baik soal kepimpinan Rasulullah SAW sebagai seorang rasul dan pemimpin yang perlu menjadi rujukan kepada manusia. Malah, beliau turut menekankan langkah bertindak sebagai panduan para pemimpin untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Ardinisa Najati
Ulasan Buku: Meneladani Kepimpinan Anbiya'
Buku Islam Memimpin berhalaman 325 helai ini sebenarnya merupakan kompilasi tulisan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan merupakan antara gambaran ketekunan beliau dalam menyampaikan prinsip Islam melalui penulisan artikel dan buku-buku sejak tahun 80-an lagi, menegaskan Islam ialah petunjuk di sepanjang zaman.
Amyrah Aina
Ulasan Buku: Islam Memimpiin
Buku ini secara kasarnya menceritakan tentang Budaya Politik Islam yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW pada zaman baginda, diteruskan oleh para sahabat dan seterusnya dibawa oleh ulama’-ulama’.
Muhammad Fiqran
Ulasan Buku: Budaya Politik Matang dan Sejahtera
Sesungguhnya buku ini sarat dengan ayat Al-Quran yang meyakinkan lagi pemimpin untuk terus memimpin ummah. Pelbagai kisah yang mencorakkan buku ini dengan lebih baik dan menarik. Terima kasih Tuan Guru atas penulis yang bermanfaat.
Nasuha Fauzi
Ulasan Buku: Meneladani Kepimpinan Anbiya’
Tulisan ini sarat dengan kritikan sosial, fakta, penerangan sejarah serta ulasan nas syarak merangkumi pelbagai pelbagai sudut penting negara seperti politik, sosial, undang-undang, ekonomi dan sebagainya. Buku ini sangat sesuai dihayati bagi mereka yang ingin memahami realiti politik masa kini dan penyelesaian segala masalah berteraskan Islam.
Syatirah Badri
Ulasan Buku: Meneladani Kepimpinan Anbiya’
Pendirian manusia dan al-Quran dapat dikaitkan dengan keseimbangan akal dan wahyu dalam diri mereka. Ramai manusia yang tersesat kerana mempercayai akal mereka semata-mata. Manusia yang sekadar menerima ajaran Islam tetapi malas berfikir  pula akan mudah terpedaya. Justeru, Islam menggalakkan umatnya berfikir namun perlulah berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
Tasneem Zainol
Ulasan Buku: Celupan Jarum Kecil Di Lautan Ilmu Al-Quran
Tuan Guru turut menyajikan empat sifat dominan yang perlu ada dalam diri pemimpin dengan memetik sirah rasul sebagai teladan utama dan perlu diingatkan bahawa setiap orang merupakan pemimpin bertepatan dengan hadith Rasulullah. Nilai siddiq dengan kebenaran agama, amanah dengan tugas, tabligh yang berani menyatakan kebenaran dan fathonah iaitu kepintaran yang disuluh oleh taqwa kepada Allah yang ditonjolkan dalam diri Rasul ternyata mampu melahirkan satu pemerintahan yang telus, menjaga kebajikan rakyat dan berstrategi mapan dalam pembentukan negara yang maju.
Ummu Umaarah
Ulasan Buku: Meneladani Kepimpinan Anbiya’

Shopping cart

0

No products in the cart.

×