PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA

Search

Akaun Saya

Bantuan

Checkout

BISNES TAPI MISKIN

RM70.00

Walaupun bisnes kelihatan berjaya dengan jualan jutaan ringgit dan penampilan yang gah di media sosial, ramai usahawan dan organisasi sebenarnya miskin dari sudut struktur, hala tuju, budaya kerja, dan jiwa kepimpinan. Karya ini membongkar hakikat yang sering tidak diakui — bahawa kemiskinan sebenar dalam bisnes bukan pada kewangan semata-mata, tetapi pada kelemahan kepimpinan, sistem, dan budaya organisasi.

Melalui analogi pelayaran kapal dalam dunia penuh ribut (VUCA), penulis membawa pembaca meneroka lima persinggahan penting: Kepimpinan lemah, hala tuju tidak jelas, struktur yang kelam-kabut, gaya bisnes lapuk, dan budaya toksik. Setiap bab disusun secara andragogik, lengkap dengan refleksi, strategi praktikal, dan inspirasi daripada sirah Rasulullah SAW serta kepimpinan dunia moden.

Ditulis oleh Datuk Faridah Hanim Haron (Ibu Hanim), seorang tokoh pembangunan organisasi dan mentor kepada ratusan pemimpin bisnes. Maka, buku ini bukan sekadar bacaan, tetapi satu seruan untuk berubah, memperbetul arah, dan membina bisnes yang benar-benar kukuh, berjiwa, dan berimpak jangka panjang.

Add to Wishlist
Add to Wishlist
SKU: NUK001S Categories: ,

Additional information

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BISNES TAPI MISKIN”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×