E-Buku Ramadhan: Kekasih Yang Bakal Berlabuh Pergi
RM5.00
Ramadan merupakan bulan yang sangat dinantikan oleh umat Islam. Keberadaannya memberikan kesan kepada jiwa hamba-hamba Allah SWT yang soleh. Kedatangannya dinanti, pemergiannya ditangisi. Pada penghujung bulannya, umat Islam akan mengejar satu malam yang tidak terdapat pada bulan yang lain iaitu Lailatulqadar. E-buku ini menceritakan dengan hikmah di sebalik Lailatulqadar. Tujuannya supaya umat Islam dapat memahami kebaikannya dan merebut peluang yang ada untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Selain itu, e-buku ini juga mengajak para pembaca agar menghidupkan akhir Ramadan dengan bersungguh-sungguh sebelum berlalunya bulan yang mulia ini agar dianugerahkan takwa.
Reviews
There are no reviews yet.