PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA

Akaun Saya

Bantuan

Checkout

E-buku 73 Tahun Israel Negara Pengganas

RM5.00

Melalui e-buku kali ini, penulis iaitu YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan secara tuntas berkenaan perjalanan bangsa Yahudi sejak zaman kenabian sehinggalah ke zaman moden. Penulis menekankan fokus penulisan kali ini kepada sejarah panjang negara haram Israel semenjak pembentukannya pada tahun 1948 sehingga ke hari ini, yang telah merekodkan banyak peristiwa yang mengubah landskap dunia moden. Antaranya beberapa tragedi pembantaian ke atas umat Islam di Palestin yang menggambarkan kejahatan dan kekejaman Zionis Yahudi sudah sekian lama.
Seterusnya penulis turut menghuraikan peranan penting gerakan Freemason dan gerakan Zionis sebagaimana yang dilaksanakan oleh tokoh-tokoh mereka, baik tokoh-tokoh berfahaman kapitalis mahupun tokoh-tokoh berfahaman komunis. Selain itu, diberikan pencerahan mengenai penglibatan gerakan Islam dalam perjuangan di bumi Palestin berhadapan tentangan Zionis Yahudi. Termasuklah juga peranan tokoh-tokoh Islam dalam kalangan Sunni dan Syiah yang sangat penting dalam membela perjuangan pembebasan bumi suci itu.

Penulis menegaskan konsistensi pendirian beliau dengan menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf negara haram Israel sama ada melalui lakonan perjanjian damai secara diplomatik atau melalui usaha normalisasi. Termasuklah melalui penyelesaian solusi dua negara (two-state solution) yang pernah dicadangkan, juga tidak dipersetujui sama sekali. Bagi penulis, kebangkitan semula Islam merupakan janji Allah SWT dan Rasulullah SAW yang pasti akan berlaku.

Add to Wishlist
Add to Wishlist
SKU: PPU/032 Categories: , Tags: , , , ,

Additional information

Halaman muka surat

46

Isi Kandungan

Berwarna

ISBN

E-978-967-19111-4-3

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “E-buku 73 Tahun Israel Negara Pengganas”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×