PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA

Search

Akaun Saya

Bantuan

Checkout

E-Buku Aidiladha: Perpaduan dan Pengorbanan

RM15.00

E-buku Aidiladha: Perpaduan dan Pengorbanan adalah sebuah buku yang mengajak para pembaca memahami secara mendalam maksud dua tema; perpaduan dan pengorbanan.
Tema yang pertama ialah perpaduan sebagai simbolik bagi ibadat haji. Manusia berkumpul di Makkah bagi menyahut seruan Allah SWT tanpa mengira bangsa, negara, warna kulit dan pangkat. Semua perbezaan dan khilaf diketepikan. Mereka berhimpun kerana Allah. Hanya taqwa yang menjadi kayu ukur perbezaan di sisi Allah SWT.

Seterusnya, buku ini juga mengupas makna pengorbanan melalui penghayatan sirah bapa para Anbiya’ iaitu Nabi Ibrahim AS. Ibadat korban yang ditunjukkan oleh Baginda dan anaknya Nabi Ismail AS telah menjadi amalan umat Islam pada setiap tahun. Ibadat ini disambung oleh umat Nabi Muhammad SAW sehingga hari ini bagi mengenang pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka.
“Kita hari ini lebih banyak mengorbankan Islam berbanding berkorban untuk Islam.” (Dipetik daripada e-buku Aidiladha: Perpaduan dan Pengorbanan)
Semoga buku ini dapat mengajak para pembaca untuk kembali kepada makna Islam yang sebenar sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan keluarga Baginda.

Add to Wishlist
Add to Wishlist
SKU: PPU/019 Categories: , Tags: , , , , , , ,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “E-Buku Aidiladha: Perpaduan dan Pengorbanan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×