RM34.00
Buku ini merupakan siri keempat ‘Al-Bayanul Mubin Syarah Riyadus Solihin’ yang menghuraikan hadis-hadis daripada ‘Bab Benar, Muraqabah, dan Taqwa’. Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyampaikan pengajian tersebut dalam Kuliah Dhuha yang diadakan pada setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang. Pemilihan kitab hadis ini adalah disebabkan kewibawaan ilmu al-Imam Yahya bin Sharaf al-Nawawi RH yang diterima oleh pelbagai mazhab aqidah, fiqh, mahupun tasawuf.
Melalui karya kali ini, penulis mengemukakan ‘al-hadyu al-nabawi’ (petunjuk Nabawi) untuk membangkitkan cahaya iman dan menumbuhkan akhlak mulia dalam diri setiap insan. Teras kehidupan seorang Mukmin terletak pada nilai dan mutu keimanan seseorang. Mudah-mudahan, hasil susunan buku ini akan menambah kecintaan terhadap Rasulullah SAW, sekali gus menghiasi jiwa dengan sifat-sifat mulia bagi menyuburkan iman dalam hati.
Hurry! only 48 left in stock.
Reviews
There are no reviews yet.