Additional information
| Weight | 0.15 kg |
|---|
RM20.00
Buku Remaja Akhir Zaman: Pimpin Aku ke Syurga ialah sebagai fast response (respons pantas) daripada pengarang untuk anak-anak muda dan remaja yang boleh dijadikan panduan untuk proses healing (penyembuhan) daripada segala masalah dan konflik keremajaan mengikut acuan Islam yang benar.
Pengarang terpanggil untuk menulis buku ini kerana melihat sendiri bagaimana parahnya generasi yang ada hari ini. Pengalaman pengarang sewaktu berprogram bersama anak-anak muda di pusat koreksional, rumah perlindungan wanita, dan sekolah-sekolah telah membuka mata dan telinga untuk melihat dan mendengar realiti cabaran yang dihadapi anak muda pada zaman kini.
Cabaran dan ujian yang dihadapi mereka menyebabkan kebanyakan mereka yang ditemui terjerumus dan ketagih melakukan dosa berulang-ulang kali. Mereka malangnya mencari ketenangan dengan bermaksiat, yang akhirnya menyebabkan masalah semasa yang dihadapi bukan sahaja tidak selesai, malah bertambah pula masalah baharu yang membelenggu hidup mereka.
Mudah-mudahan, dengan membaca buku ini memberikan petunjuk kepada anak-anak muda dan remaja mengikuti piawaian seorang Muslim terbaik.
Reviews
There are no reviews yet.