Description
Buku ini merupakan karya sulung tafsir al-Quran oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang hadir dengan persembahan dan penyusunan semasa agar lebih mudah difahami oleh para pembaca. Tafsir al-Tibyan Surah al-Fatihah disusun sebagai muqaddimah ke arah penerbitan kesemua 30 juzu’ Tafsir al-Tibyan yang sedang dalam proses penyusunan, penyuntingan, dan insya-Allah akan diterbitkan apabila tiba masa yang sesuai.
Pengarang menjelaskan bahawa Surah al-Fatihah ini menyatakan semua perkara asas meliputi Islam, iman, dan ihsan. Sekiranya kita memahami enam rukun iman, ada dua perkara yang menjadi asas kepada kesemua rukun, iaitu beriman kepada Allah dan beriman kepada Hari Akhirat.
Seterusnya, Tuan Guru juga menegaskan dua asas kehidupan manusia yang saling berkait rapat iaitu asas tauhid kepada Allah SWT dan konsep pengabdian diri (‘ubudiyyah). Kemuncak surah ini, pengarang menekankan pentingnya peranan hidayah dalam kehidupan yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia.
Karya tafsir ini akan berada sebaris dengan kitab tafsir Nusantara yang lain seperti Tafsir Turjuman al-Mustafid oleh Almarhum Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri, Tafsir Nur al-Ihsan oleh Almarhum Tuan Haji Muhammad Said bin Umar, dan karya agung Almarhum Buya Hamka iaitu Tafsir al-Azhar. Mudah-mudahan, Allah SWT memberkati karya tafsir sulung ini dan mengizinkan edisi lengkap nanti berjaya dihasilkan secara sempurna untuk manfaat seluruh masyarakat.
Reviews
There are no reviews yet.