PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA

Search

Akaun Saya

Bantuan

Checkout

Meneladani Kepimpinan Anbiya'

– Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang –

photo_2020-07-22_10-46-12
photo_2020-07-22_10-52-00
photo_2020-07-22_10-44-02
photo_2020-07-22_10-46-21

“Buku ini mengangkat tema qiadah atau kepimpinan Rasulullah SAW sebagai role model. Aturan kepimpinan mestilah menetapi prinsip dan piawaian yang telah digariskan oleh Baginda SAW sewaktu memimpin Negara Islam Madinah Al-Munawwarah yang bermasyarakat Madani”

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Presiden Parti Islam Semalaysia PAS -

Rasullah Memimpin Negara

          Setelah tiga belas tahun berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW menolak tawaran diberikan kuasa tanpa mendaulatkan Islam kerana tiada kuasa politik. Sehingga bertemu dengan Kabilah ‘Aus dan Khazraj yang datang daripada Madinah menunjukkan keikhlasan melalui baiah (janji setia), tidak seperti Kabilah Bani Aamir yang meletakkan syarat sebelum menerima Islam dan belum menang atau Kabilah Bani Syaiban yang menerima kebenaran Islam, tetapi tidak bersedia menghadapi cabaran kerana tidak yakin kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

            Apabila berlakunya Hijrah ke Madinah, Baginda Nabi SAW terus mengambil langkah pertama menyatukan umat Islam daripada ‘Aus dan Khazraj, penduduk asal Madinah yang sentiasa berperang sebelum menganut Islam, serta Muhajirin (penganut Islam yang datang daripada luar) menjadi satu umat Islam.

           Seterusnya digabungkan bukan Islam daripada agama Yahudi, Kristian dan Musyrikin yang menerima kepimpinan Islam dalam sebuah negara, melalui Sahifah Madinah (Piagam Madinah) menjadi satu kontrak sosial yang bersejarah.

 

(Petikan Buku Meneladani Kepimpinan Anbiya’, Bab Rasulullah Memimpin Negara, ms 53-54)

photo_2020-07-22_10-45-44
photo_2020-07-22_10-47-57

Meneladani Kepimpinan Anbiya'

Buku ini menceritakan berkenaan sifat kepimpinan Nabi Muhammad SAW yang harus teladani oleh seluruh umat Islam khususnya para pemimpin. Allah SWT menjadikan Baginda Nabi SAW sebagai uswah dan qudwah kepada manusia seperti yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran. Maka penulis membahaskan sifat-sifat wajib bagi Rasulullah SAW sebagai seorang rasul dan pemimpin yang perlu menjadi contoh teladan kepada manusia.


Penulis juga memberi penekanan kepada langkah bertindak sebagai panduan para pemimpin untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Apa yang dikarang oleh penulis ini adalah sebahagian daripada solusi bagi menghadapi fitnah akhir zaman iaitu apabila amanah diberikan kepada bukan ahlinya.

Apa Kata Pembaca Buku ini?

“Buku ini menampilkan suatu sisi yang baharu iaitu perlunya seorang pemimpin itu memahami apa yang ingin dibawa. Iaitu kepimpinan yang berhubung erat dengan akidah.”

Nasuha Fauzi
×