PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA

Akaun Saya

Bantuan

Checkout

Reviu Buku: NORMALISASI ISRAEL SIAPA UNTUNG?

[ GAMIS BOOK CLUB 5.0 ]

Tajuk: Normalisasi Israel Siapa Untung?

Pengarang: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Penerbit: Pustaka Permata Ummah

Tahun Terbit: 2020

1. Seperti yang kita semua makruf, normalisasi Israel merupakan suatu isu yang dipandang serius dalam melanda umat Islam di seantero dunia. Lebih menyedihkan apabila masih ada lagi segelintir kelompok umat Islam tidak cakna dengan apa yang terjadi di Asia Barat. Malah, buku ini juga turut menceritakan pembawaan sisi – sisi sejarah dan bagaimana bermulanya Israel bertapak di Asia Barat dengan penuh kezaliman serta penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Maka, buku ini sangatlah direkomendasikan bagi menghilangkan kecelaruan dengan pelbagai lambakan info yang disampaikan di hujung jari meskipun ada juga keraguan dalam kesahihannya.

2. Secara gambaran kasarnya, pengukuhan thaqafah paling asas dalam ingin mengetahui maklumat seputar begini ialah dapat lagi meneguhkan jati serta pegangan mengenai kedudukan tanah Palestin. Selain itu, dapat lagi menonjolkan topeng sebenar di sebalik normalisasi pakatan yang di mana Zionis lah sebagai wakta utama cerita ini. Seterusnya, membahaskan lagi perkaitan sejarah Israel antara umat Islam masa kini. Dan yang mana pada akhirnya, kita akan mula memahami mengapa normalisasi ini tidak normal buat kita malah lebih – lebih lagi khusus untuk umat Islam.

3. Di dalam buku ini juga turut membincangkan dalam usaha memberi pencerahan kepada para pembaca khususnya buat di Malaysia berkenaan usaha normalisasi Israel yang telah dilakukan di beberapa negara Arab. Malah tidak dinafikan juga, terdapat penceritaan berkenaan gambaran kasar apakah akibat usaha normalisasi terhadap survival bumi Palestin mengikut acuan barat hakikatnya hanyalah menempah kemusnahan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW kepada bangsa yahudi. Dan, bagaimana membentuk sikap yang sepatutnya dalam menghadapi kekacauan politik Timur Tengah.

4. Normalisasi Israel ini merupakan suatu perancangan yang telah dirangka oleh pihak Amerika Syarikat sebagai orang tengah yang kononnya boleh dianggap memberi solusi bagi mencapai kata putus persepakatan di antara Israel dan negara – negara Islam yang khususnya berada di rantau Asia Barat hanyalah sebuah tindakan yang sia – sia. Bahkan, mereka yang bersama dalam usaha ini akan menempah kebinasaan sendiri bersama golongan yahudi ibarat menyorok di belakang benteng yang akan hancur apabila tiba masa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Tetapi, saban hari pelbagai inisiatif diperhalusi ‘mereka’ dalam usaha melupuskan terus isu ini daripada pemikiran manusia dengan menimbulkan kepelbagaian hal lain yang akhirnya umat Islam tidak lagi bangkit untuk berbicara perkara sebegini. Di dalam penulisan Ayoh Chik sendiri yang menyebutkan erti soal normalisasi ini, “perkataan normalisasi dalam politik kini dipakai bagi mewujudkan perdamaian dengan negara Israel, sebuah negara yang ditubuhkan secara haram dengan paksaan dan penjajahan terhadap Palestin sejak tahun 1948.

5. Akhir kalam, semoga penulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini lebih membuatkan kita cakna dan berwaspada dengan sebarang bentuk ideologi mahupun doktrin yang mendatang. Besar juga harapan kiranya kalam ini lebih mengingatkan kita khusus umat Islam terhadap kepelbagaian ancaman musuh dalam ingin merosakkan jati diri orang mukmin itu sendiri sekaligus lebih berazam untuk memperkemaskan thaqafah yang sedia ada di dalam diri.

Nama: Ardinisa Najati Bt Noor Rizal

Ahli GAMIS Book Club

Kuliah Takhasus Qiraat

Institut Qiraat Al-Azhar Shoubro, Mesir

“MEMIMPIN KEBANGKITAN MAHASISWA’JABATAN KAJIAN INTELEKTUAL,GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) 202116 MEI 2021 | 4 SYAWAL 1442H

#SavePalestine#Aid4Palestine#IsraelKoyak#MyAqsaDefender

Pautan hantaran asal di halaman Facebook Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia:

https://www.facebook.com/175982485876128/posts/2176479359159754/

May be an image of book, headscarf and text that says 'GAMIS BOOK CLUB 5.0 GAMIS BOOKCLUB GAMIS NORMALISASI ISRAEL SIAPA SIAPAUNTUNG? UNTUNG? << NORMALISASI ISRAEL SIAPA UNTUNG? >>>> Disediakan Oleh: ARDINISA NAJATI R BINTI NOOR RIZAL GAMIS Book Club Kuliah Takhasus Qiraat Azhar Shoubro, Mesir MEMIMPIN MAHASISWA GAMIS gamisofficial amisofficial 1 GAMISOfficial'
Leave a Reply

×