RM220.00
Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiah adalah antara karya monumental Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai tokoh gerakan Islam dan merupakan kitab pertama Tuan Guru tentang sirah Nabi Muhammad SAW dan sejarah Islam. Beliau menyempurnakan keseluruhan naskhah sirah nabawiah sebanyak tiga jilid ini pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, terbitan edisi pertama buku ini dalam tulisan Rumi oleh Dewan Pustaka Fajar adalah jauh lebih awal iaitu pada November 1987.
Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiah bukan sekadar senaskhah buku kronologi sirah yang biasa didapati di pasaran, walaupun ia disusun secara garis masa kehidupan Rasulullah SAW. Karya ini berbeza daripada pendekatan penulisan sirah yang disusun dan dihuraikan oleh para ulama’ dan tokoh ilmuwan silam, yang menyatakan data dan fakta sejarah tanpa analisis secara mendalam bagi memahami inti pati tersurat dan tersirat di sebalik setiap fasa sirah nabawiah.
Akan tetapi, Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiah tampil istimewa dengan memberikan penekanan terhadap kefahaman mengenai pergerakan Islam yang berlaku sepanjang hayat Nabi Muhammad SAW. Karya ini boleh dikategorikan sebaris dengan karya sirah moden oleh Syeikh Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti RH, Syeikh Muhammad al-Ghazali RH, Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban, dan Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi yang bertemakan fiqh al-sirah (kefahaman sirah).
Lebih istimewa tentang karya ini ialah analisis dan ulasan penulis yang terlibat secara langsung serta dekat dengan dunia dakwah dan politik, menjadikan tulisan ini sangat signifikan untuk dijadikan panduan dalam memahami sirah nabawiah secara kritis dan mendalam. Selain itu, karya dengan persembahan terbaharu kali ini meningkatkan nilai yang terdapat dalam penulisan ini kerana ia dijadikan teks pengajian yang telah pun dikhatamkan sebelum ini dalam Kuliah Duha di Masjid Rusila, Marang.
Persembahan dengan wajah baharu kali ini cuba menonjolkan nilai tambah seperti perincian peristiwa yang berlaku sepanjang hidup Rasulullah SAW, di samping proses silang rujuk dan bahan tambahan yang menyerlahkan lagi kualiti dan kekuatan kandungan karya ini. Terbitnya karya Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiah menandakan sudah lengkap koleksi penulisan sejarah Islam Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bermula dengan kehidupan Rasulullah SAW sehingga kehidupan para Khulafa’ al-Rasyidin yang telah diterbitkan dengan siri Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin.
Selamat menelusuri Jejak Muhammad SAW.
Hurry! only 42 left in stock.
Reviews
There are no reviews yet.