Additional information
| Weight | 0.25 kg |
|---|
RM23.00
Penjajahan Moden Dunia Islam karangan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini merupakan terjemahan daripada karya asal Tuan Guru dalam bahasa Arab, berjudul Ahammiyah al-Mawqif al-Islami al-Muwahhad Tujah al-‘Awlamah (Kepentingan Kesatuan Islam dalam Menghadapi Globalisasi) yang merupakan kertas kerja yang dibentangkan oleh Tuan Guru dalam Muktamar Majmaʿ Taqrib antara Mazhab Islam di Tehran pada tahun 2003.
Hal ini berikutan dengan isu perpecahan dan kelemahan umat Islam di seantero dunia kesan daripada orde dunia baharu (new world order) yang dipaksakan oleh dunia Barat pasca-Perang Dingin yang dikepalai oleh Amerika Syarikat, di samping bagi mendepani perkembangan dunia pada masa itu ekoran peristiwa serangan 11 September 2001 atau juga dikenali sebagai 9/11 terhadap Amerika Syarikat.
Setelah era kolonialisme terhadap tanah air umat Islam berakhir, Barat — khususnya Amerika Syarikat — mula menebarkan benih-benih propagandanya melalui penjajahan secara bentuk baharu, iaitulah melalui serangan pemikiran dan kempen globalisasi. Walhasil, ramai umat Islam yang teracun dan tercandu dengan sistem dan ideologi yang zahirnya seolah-olah indah, namun hakikat di sebaliknya penuh dengan agenda untuk menghalang kebangkitan semula Islam daripada memimpin dunia dengan penuh keadilan.
Reviews
There are no reviews yet.