Additional information
| Weight | 0.35 kg |
|---|
RM36.00
Kitab ini merupakan antara naskhah karangan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang terawal pernah diterbitkan dan dicetak pada tahun 1984 sebelum diterbitkan semula beberapa kali dengan sedikit pembaharuan isi kandungan dan huraian.
Naskhah ini merupakan sebuah karya yang sangat penting dalam merungkaikan kekusutan dan memandu masyarakat agar tidak melampaui batas keimanan dalam apa-apa jua ucapan, perbuatan, mahupun pegangan hidup.
Secara gambaran besarnya, buku ini membicarakan aqidah, konsep keimanan, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti batas-batas iman dan kufur agar masyarakat benar-benar memahami perkara yang usul atau teras utama dalam aqidah Islam. Kehadiran buku ini sangat penting bagi menghidupkan pemahaman aqidah dalam mendepani cabaran pemikiran dan realiti semasa.
Reviews
There are no reviews yet.